PPC Iklan Blogger Indonesia
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

5 Hal Yang Perlu Diperhatikan Saat Membeli Laptop

1. 1. CPU dan Memori.
2. Processor – intel lebih baik berbanding AMD (pandangan peribadi ni..). Processor Intel Core 2 Duo merupakan procesor yang bagus untuk digunakan. Berbanding AMD, ia cepat panas dan boleh melambatkan kerja-kerja anda. Namun, terdapat pendapat yang mengatakan kedua-dua processor ini adalah setanding sajer sekarang. Terserah pada anda untuk membuat penilaian. Jika anda memilih Intel (sama dengan saya), processor P lebih baik berbanding yang lain eg. T. Pastikan kelajuan adalah tidak kurang dari 2.0Ghz.

3. Memory – pastikan laptop yang hendak dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 2GB RAM. Ini memastikan anda boleh membuat banyak kerja dalam satu-satu masa. Contohnya bila anda run photoshop, ia akan menggunakan memory yang banyak, jika RAM anda tinggi, ia tidak akan menjadi masalah buat anda.(saya guna 4GB DDR3 =P)

1. 2. Storage
Sebut pasal storage, pastinya ramai yang mengidamkan storage yang besar. Bagi saya, ianya tidak mendatangkan masalah kerana laptop baru biasanya didatangkan dengan storage minimum 250GB. Anda boleh menambah storage bila-bila masa jer sekarang. Banyak external hard disk dijual murah-murah esp bila tiba masa PC Fair. So, storage biasanya dah sesuai dengan pakej.

1. 3. Display dan kad grafik
Untuk paparan video dan gambar yang baik, anda pilih graphic card Nvidia ataupun ATI. Jika anda seorang gamerz, internet marketer, designer ataupun suka tengok movie, konfirm anda perlu perhatikan kad grafik semasa buat pembelian.

1. 4. Connectivity
Yang ni tak penting sangat bagi saya, tapi ia masih merupakan aspek penting . Anda perlu perhatikan samada laptop yang nak dibeli tu ada spec HDMI, VGA, S/PDIF. WIFI etc..nak tahu banyak lagi, anda boleh lihat di laptopmag.com.

1. 5. Saiz
Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Perkakas dalaman pun dah pack sebab nak bagi kecik laptop tu. So, xdapatlah dia nak bersaing dengan laptop yang lebih besar. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda.

No comments:

Post a Comment